Test Post 1

3 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436h, Kompleks Pendidikan Al-Hikmah Alor Setar- Alhamdulillah, secara rasminya Sekretariat Abim Kedah boleh dikenali sebagai Kompleks Pendidikan Al-Hikmah yang mana dalam kompleks tersebut terdiri Sekolah Rendah Islam Alor Setar(SERIAS), Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar(SEMESTI), Sekretariat WADAH ABIM DAN SISMA KEDAH serta Masjid Al-Arifin Alor Setar(dalam pembangunan).

Majlis pelancaran ini diadakan sempena Majlis Iftar Jamaiy 1436H yang dihadiri lebih 400 jemputan terdiri dari para ibu bapa pelajar, pelajar sekolah serias dan Tahfiz, pimpinan dan ahli Wadah ABIM SISMA KEDAH termasuk para peserta Tamrin Qiyadi Kebangsaan PKPIM. Majlis dimulakan dengan sesi Tazkirah yang disampaikan oleh penceramahh yg tidak asing lagi di Negeri Kedah Darul Aman iaitu al-Fadhil Ust. Abul Khair .

Bersempena majlis tersebut juga, pelancaran Kempen Kutipan Dana Pembangunan Kompleks Pendidikan Al- Hikmah Alor Setar dilancarkan dengan sasaran kutipan sebanyak RM 6 Juta bagi menjayakan projek pembinaan Masjid Al-Arifin, pembinaan Asrama Pelajar serta pwmbelian tanah tambahan bagi pembangunan fasiliti dan infrastruktur yg selesa.

Justeru,Sempena bulan Ramadhan yang barakah ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk bersama dalam menggerakkan kempen atau memyumbang kepada projek Waqaf ini. Sumbangan boleh diberikan melalui Akaun: Kompleks Pendidikan Al-Hikmah Alor Setar (BIMB- 02011010061441) Sebarang maklumat lanjut tuan puan boleh menghubungi Sekretariat di talian 04-731 5317.

About the author