Assalamualaikum,

Saya percaya bahawa semua guru dan murid SRI AL-HIKMAH amat bersyukur dan mempunyai rasa cinta terhadap sekolah ini kerana telah menjadi sebahagian daripada warga SRI AL-HIKMAH. Buktinya,terdapat bekas Alumni murid SRI yang masih sudi untuk berkunjung ke sekolah ini bagi menabur bakti kepada kita semua sama ada dalam bentuk kewangan ataupun tenaga.,terima kasih saya ucapkan.

Di samping itu, Al-Hikmah juga selama ini telah mengukir nama dengan memperoleh pelbagai kejayaan sejak dari dahulu lagi. Namun begitu,peredaran masa menuntut kita mencapai lebih banyak lagi kejayaan terutama dalam peperiksaan UPSR dan SPRA pada tahun ini.

Kita telahpun memulakan langkah yang murni dengan niat yang suci dalam melaksanakan tugas serta tidak banyak berkira dalam melaksanakan tanggungjawab. Oleh itu, sama-samalah kita pastikan apa juga sasaran yang ditetapkan akan mampu digapai, selain itu, kita juga boleh sama-sama memberi pendapat, idea yang kreatif, saranan dan pandangan yang sewajarnya dalam memastikan kejayaan menjadi milik kita yang mutlak.

Justeru, marilah kita sama-sama memasang tekad, memacu usaha , mengharungi rintangan agar dapt membentuk satu lagi lembaran kegemilangan,kalau buka kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? semoga kita mampu untuk merangkul lebih banyak kejayaan pada tahun 2017 ini nanti.sekian.
Selamat maju jaya,wassalam.

Tn. Hj Abdul Aziz Bin Abdul Rahman
Guru Besar,
Sekolah Rendah Islam Al-Hikmah