Assalam’ualaikum.

Dalam era kecanggihan maklumat hari ini, sekolah berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu bagi membina identiti diri bangsa yang mempunyai semangat jati diri bagi menghadapi cabaran pada abad ke-21 ini .

Pendidikan pada alaf baru ini menuntut kepada usaha yang cemerlang dan mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan yang bukan sahaja berkaliber tetapi juga boleh bekerjasama  dengan orang lain untuk mencapai matlamat. Oleh itu, para murid harus tekun berusaha,gigih serta yakin akan kebolehan diri sendiri supaya kehidupan hakiki  yang bakal ditempuh akan mendapat kesejahteraan dan kebahagian.Di samping itu,kita seharusnya sedar bahawa segala kelengkapan prasarana untuk mencemerlangkan murid-murid kita adalah satu pelaburan besar kearah melahirkan generasi penerus yang akan menerajui  Negara pada masa hadapan.

Sudah pasti kita tidak mahu nikmat kemajuan yang telah dicapai ini disia-siakan oleh anak muda akan datang. Maka saya berharap agar segala usaha dan keazaman untuk mencapai matlamat ABIM yang ingin melahirkan Insan Soleh ini perlu dilaksanakan  dalam satu pasukan. Bermula dengan barisan pengurusan sekolah, pihak BAKA, para guru,  ibu bapa , para murid serta pihak-pihak yang mampu tampil sebagai pihak terpenting bagi memantau perjalanan program sekolah dan mengesan masalah serta memberi cadangan atau mencari mekanisma penyelesaian untuk memantapkan lagi kualiti   kecemerlangan  ke arah setanding dengan SRI-SRI yang lain malah lebih baik daripada itu.

Oleh itu, saya berharap  agar seluruh warga SRI Al-  Hikmah dapat meneruskan usaha murni ini dalam mencernakan kecemerlangan sahsiah,fardu Ain dan akademik murid-murid SRI.

Sekian, terima kasih.

EN. KAMARUZAMAN B MOHD KUTTY
PENGERUSI,
YAYASAN TAKMIR NEGERI